Social Icons

Pages

Minggu, 18 November 2012

tentang kucing-kucing

Tempoh Mengawan Kucing Betina

Kebanyakan kucing betina akan mencapai tahap matang pada umur 6 bulan dan berulang setiap 2 minggu sekali sehinggalah mereka bunting. Kitar ini bermula dengan proestrus yang berlangsung antara 2-3 hari. Pada peringkat ini, kucing akan betina akan menunjukkan bahawa mereka sedia mengawan tetapi masih tidak membenarkan kucing jantan mendekatinya.

Tidak duduk diam, suara yang meninggi, geselan muka dan berguling-guling adalah antara tanda kecil peningkatan seksual kucing betina.

Setelah itu kucing betina akan mengalami tempoh estrus. Perlakuan sepertimana tempoh proestrus akan lebih menonjol dan pada peringkat ini kucing betina akan membenarkan kucing jantan mendekatinya. Jika tiada kucing jantan dan tiada sesi mengawan, estrus akan berlangsung sehingga 10-14 hari. Kemudiannya kucing betina akan berehat selama 2-3 minggu, sebelum kitar ini bermula sekali lagi.

Tempoh estrus yang berulang ini boleh memberikan tekanan kepada pemilik kucing kerana tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan atau menenangkan kelakuan kucing betina pada ketika ini. Ia juga turut memberikan tekanan kepada kucing itu sendiri kerana mereka tidak dapat mengawal keinginan untuk mencari pasangan pada tempoh ini.

Kadangkala selera makan akan berkurang dan tidurnya terganggu ketika tempoh estrus. Semasa kucing betina dalam estrus, mereka tidak mengeluarkan darah (haid) sepertimana anjing tetapi akan mengalami perubahan terhadap tingkahlaku mereka. Perubahan yang biasa berlaku adalah:
  • Suara semakin meninggi

  • Berguling-guling dan berteriak

  • Meniarap di atas perutnya sambil bahagian belakang dianggkat tinggi

  • Kelakuan lebih mesra dan manja berbanding biasa

  • Sentiasa mencari jalan untuk keluar rumah

  • Kencing di luar kotak najis, biasanya pada permukaan menegak

Tempoh metestrus akan berlaku sehari selepas estrus. Pada tempoh ini, kucing betina akan menjauhi kucing jantan dan menghalaunya secara agresif. Kucing akan mengandung jika persenyawaan berlaku semasa proses mengawan.

Tempoh anestrus adalah tempoh terakhir dalam kitar estrous ini dan merupakan tempoh yang diam atau bertenang.

5 komentar:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text